KUALA LUMPUR: Kesemua penghuni di 52 unit kediaman Blok C, Pangsapuri Taman United, Seputeh, di sini yang diarahkan berpindah susulan insiden tanah runtuh di kawasan itu telah mengosongkan kediaman masing-masing. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pemeriksaan lanjut mendapati semua penghuni mematuhi arahan pemindahan tanpa pengecualian. “Semalam, beberapa penduduk diberi kebenaran memasuki rumah antara pukul 8 hingga 9 malam bagi mengambil pakaian serta barang keperluan penting.…










