Saya tidak buka tudung, filem itu dibikin sebelum saya hijrah - Sasha Abedul - Utusan Malaysia

Saya tidak buka tudung, filem itu dibikin sebelum saya hijrah – Sasha Abedul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sasha Abedul, 29, menjelaskan dia masih berhijab dan tidak pernah kembali membuka tudung selepas berhijrah.

Bahkan, penampilannya tidak bertudung dalam Malam Terlarang adalah kerana filem itu dihasilkan sebelum dia berhijrah.

“Penggambaran filem ini berlaku Julai tahun lepas, iaitu sebelum saya berhijrah.

“Jadi saya nak maklumkan kepada sesiapa yang menonton filem ini nanti bahawa saya bukannya buka tudung semula.

“Cuma filem ini dibikin sudah lama, satu tahun yang lalu. Hanya tahun ini ia keluar,” katanya ketika malam gala filem tersebut baru-baru ini.

Malam Terlarang turut dibintangi Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat, Sharifah Haneesya dan ramai lagi.

Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu ditayangkan bermula semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN