PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) akan dibentangkan pada mesyuarat kedua Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pembentangan RUU itu sekali gus membuka laluan kepada pemisahan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya. “Ia dibuat bertujuan meminda pelbagai undang-undang berbangkit daripada pemisahan peranan penasihat dan pendakwaan Peguam Negara,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web…










