MIRI: Seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan rentung di dalam kereta yang terbakar di Jalan Tanjung Datok Ayong Lanai di sini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 3.39 pagi, hari ini dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang tiba di lokasi mendapati kereta Proton Satria Neo itu telah terbakar 100 peratus. “Pasukan bomba segera bertindak memadam api sehingga padam sepenuhnya.…










