KUALA LUMPUR: Semua proses permohonan berhubung kewarganegaraan tujuh pemain warisan dibuat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, permohonan tersebut diproses berdasarkan peruntukan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Pendaftaran Negara, sebagaimana dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini. Katanya, isu terbaharu berhubung pendedahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai alasan…










