Pelantikan penasihat ASEAN berdasarkan kepakaran

Pelantikan penasihat ASEAN berdasarkan kepakaran

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan mana-mana individu sebagai penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN dibuat berdasarkan kepakaran serta pengalaman luas mereka dalam isu geopolitik dan hubungan serantau khususnya yang berkaitan dengan Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pemeriksaan latar belakang tidak timbul kerana individu terbabit pernah memegang jawatan tertinggi di negara masing-masing terutama dalam hal ehwal antarabangsa.

“Individu-individu berkenaan juga menawarkan diri dan kepakaran mereka atas dasar hubungan persahabatan dalam kalangan negara-negara ASEAN,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN–Arau) mengenai sama ada pemeriksaan latar belakang dibuat sebelum pelantikan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN, selain peranan dan keperluan melantik mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN