KUALA LUMPUR: Pelantikan mana-mana individu sebagai penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN dibuat berdasarkan kepakaran serta pengalaman luas mereka dalam isu geopolitik dan hubungan serantau khususnya yang berkaitan dengan Myanmar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pemeriksaan latar belakang tidak timbul kerana individu terbabit pernah memegang jawatan tertinggi di negara masing-masing terutama dalam hal ehwal antarabangsa. “Individu-individu berkenaan juga menawarkan diri dan kepakaran mereka atas dasar hubungan persahabatan…










