KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menampung kerugian berjumlah RM5.14 bilion sejak 2020 hingga kini akibat penggunaan bekalan elektrik secara haram di premis yang terlibat dalam aktiviti melombong mata wang kripto dan bitcoin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, nilai kerugian itu dikenal pasti hasil pemeriksaan ke atas 14,489 premis melalui 91 operasi yang dijalankan, selain 77 kertas siasatan dibuka setakat ini. Beliau berkata, bagi tempoh sama, terdapat…










