KUALA LUMPUR: Sebanyak RM370 juta peruntukan khas disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula 2023 hingga 2025 bagi memastikan prasarana dan kemudahan institusi pendidikan Islam di seluruh negara dipertingkatkan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, peruntukan tersebut melibatkan RM100 juta pada 2023, RM120 juta (2024) dan RM150 juta (2025). “Bermula 2023 hingga 2025, Kementerian Kewangan (MoF) telah menyalurkan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan…










