PETALING JAYA: Nilai jual beli rumah oleh warga negara asing dalam pasaran hartanah di Malaysia kini mencecah RM1.9 bilion membabitkan 913 transaksi pada separuh tahun pertama 2025. Bagaimanapun, jumlah itu hanya mewakili 3.8 peratus daripada nilai keseluruhan transaksi berbanding jumlah bilangan transaksi jual beli oleh warganegara iaitu 119,394 dengan nilaian RM47.47 bilion. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen berkata, berdasarkan Laporan Transaksi Harta Tanah…








