KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang membangunkan sistem amaran awal banjir menggunakan teknologi sistem siaran sel (CBS) bagi menggantikan sistem amaran sedia ada berasaskan sistem pesanan ringkas (SMS). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, teknologi CBS itu dinilai lebih cepat, tepat dan efektif dalam penyebaran amaran bencana, sekali gus membantu melindungi keselamatan nyawa dan harta benda…










