Malaysia tidak masuk campur isu dalaman Thailand, Kemboja

Malaysia tidak masuk campur isu dalaman Thailand, Kemboja

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN, termasuk isu sempadan antara Thailand dan Kemboja.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia sentiasa menjunjung prinsip ASEAN untuk tidak mengganggu urusan negara lain dan hanya bertindak sebagai pemudah cara apabila kedua-dua negara bersetuju mengadakan perundingan bagi menyelesaikan konflik sempadan yang telah berlarutan berdekad-dekad.

“Malaysia hanya menjadi tuan rumah perbincangan dan tidak terlibat secara langsung dalam keputusan atau rundingan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad berkata, dakwaan Malaysia campur tangan adalah tidak benar dan timbul daripada usaha pihak tertentu di Thailand menjadikan isu itu sebagai modal politik menjelang pilihan raya.

Menurutnya, rundingan yang diadakan di Malaysia adalah atas persetujuan kedua-dua pihak, Thailand dan Kemboja, dan Malaysia hanya menyediakan kemudahan serta menjadi pemudah cara untuk membolehkan perbincangan berlangsung.

“Sejak dulu lagi, Malaysia menjunjung semangat ASEAN, di mana kita tidak mengganggu urusan negara anggota lain. Kita hanya membantu sebagai tuan rumah supaya kedua-dua pihak dapat duduk semeja,” katanya.

Katanya rundingan tersebut melibatkan isu sempadan yang telah berlarutan puluhan tahun dan Malaysia tidak terlibat dalam menentukan sebarang keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN