PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bawah 16 (B-16) menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi keempat Kumpulan C Kelayakan Piala Asia B-17 2026 di Hanoi, Vietnam, hari ini.
Malaysia tidak menunggu lama untuk menembusi gawang lawan apabila Iman Danish menjaringkan gol seawal minit kelima berpunca daripada serangan balas pantas.
Malaysia menggandakan kedudukan pada minit ke-39 apabila Arayyan Hakeem menanduk masuk bola hasil sepakan sudut.
Singapura merapatkan kedudukan pada minit ke-75 hasil gol Aaryan Hermi namun kemenangan tetap berpihak kepada Malaysia.
Selepas ini Malaysia akan menentang tuan rumah, Vietnam pada Ahad ini. – UTUSAN










