Polis buru kumpulan merusuh guna senjata di Selayang Jaya

Polis buru kumpulan merusuh guna senjata di Selayang Jaya

Tembak maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekumpulan individu yang disyaki merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata di Selayang Jaya, Batu Caves dekat sini tengah malam tadi, masih diburu polis.

Maklumat berhubung kejadian itu diterima pihak berkuasa pada pukul 12.20 tengah malam, sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, ia dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka belum dikenal pasti.

“Tiga mangsa merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun. Mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, motif kejadian belum dapat dikenal pasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Shafiq Md. Shapawi melalui talian 013-5154065 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 03-61262222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN