PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 2-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.
Aksi penuh bertenaga skuad The City Boys menyaksikan Kpah Sherman membuka tirai jaringan pada minit ke-64 sebelum Zhafri Yahya menambah gol kedua pada minit ke-84 bagi mengesahkan kemenangan.
Kelantan TRW cuba bangkit di penghujung perlawanan dan berjaya memperoleh gol saguhati menerusi rembatan cantik Syafik Ismail pada masa kecederaan.
Kemenangan itu menyaksikan KL City melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 20 mata, tujuh mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedua-dua pasukan kini kekal sebagai dua wakil tunggal yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. – UTUSAN










