HULU SELANGOR: Kerajaan berbelanja sebanyak RM2 juta bagi membaiki Laluan Persekutuan FT1208, Seksyen 2.0, Jalan Sungai Buaya, di sini yang terlibat dalam insiden runtuhan cerun pada Isnin lalu. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja pembaikan jalan akan bermula dalam masa terdekat, bagaimanapun kenderaan-kenderaan ringan akan dibenarkan lalu bermula esok. Kata beliau, anggaran kos keseluruhan berjumlah RM2 juta itu merangkumi kerja pengukuhan dan penstabilan cerun, pembaikan sistem…










