ALOR SETAR: Jenazah 29 etnik Rohingya yang meninggal dunia dalam insiden bot karam di perairan Malaysia-Thailand berhampiran Langkawi, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena. Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Datuk Dr. Abd. Ghani Zainuddin berkata, pihaknya akan menguruskan pengebumian kesemua mangsa sekiranya tiada pihak atau waris yang menuntut jenazah mereka. “Setakat ini belum ada tarikh namun insya-Allah pengebumian akan dilakukan di lokasi itu (Kampung…










