KUALA LUMPUR: Ibu negara Malaysia kini diiktiraf sebagai bandar pintar, progresif dan berdaya huni di peringkat antarabangsa. Ia menerusi penganugerahan Anugerah Kepimpinan 2025 kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif sempena Smart City Expo World Congress (SCEWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penganugerahan tersebut merupakan lambang usaha berterusan Kuala Lumpur dalam merealisasikan visi bandar pintar di peringkat…










