BALIK PULAU: Sebanyak 2,000 cerun berisiko tinggi di seluruh negara kini berada dalam pemantauan rapi Kementerian Kerja Raya (KKR) berikutan permulaan musim Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan berpanjangan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada lebih 27,000 cerun yang telah dikenal pasti di seluruh negara. “Semua cerun tersebut telah dinilai tahap risikonya mengikut tahap keseriusan bagi menentukan keutamaan tindakan…










