KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) sedang mempertimbangkan penggubalan undang-undang khusus untuk mengawal selia aktiviti perlombongan Bitcoin di negara ini. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu penting bagi menangani kegiatan kecurian elektrik yang berlaku akibat perlombongan mata wang kripto yang boleh menjejaskan bekalan elektrik sedia ada. Katanya, kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu penggunaan elektrik secara curang…










