KUALA LUMPUR: Seramai 556,300 individu kini menerima bantuan kebajikan dengan jumlah perbelanjaan tahunan sebanyak RM2.28 bilion, meningkat ketara berbanding lebih 200,000 penerima sebelum ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peningkatan jumlah penerima mencerminkan keperluan menilai semula kadar kelayakan pendapatan berikutan tekanan kos sara hidup, terutamanya di kawasan bandar. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan RM1,169 sebagai rujukan, namun ia bukan…










