KOTA BHARU: Kelantan menjadi perintis kepada pelaksana undang-undang yang mewajibkan anak menanggung nafkah ibu bapa mereka susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan penggal ketiga, 12 November lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, pihaknya sedang menunggu perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk pelaksanaan. “Melalui peruntukan ini, mahkamah boleh memerintahkan anak atau…









