Kekecohan cemar aksi Selangor, Persib Bandung di MBPJ

Kekecohan cemar aksi Selangor, Persib Bandung di MBPJ

AKSI Selangor FC menentang Persib Bandung dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 dicemari kekecohan penyokong kedua-dua pasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) antara Selangor dan Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi dicemari dengan insiden kekecohan penonton.

Beberapa individu yang dipercayai penyokong Persib Bandung telah memasuki kawasan tepi padang ketika perlawanan berlangsung.

Kekecohan turut berlaku di kawasan tempat duduk penonton Persib Bandung ketika perlawanan berlangsung, namun pasukan keselamatan yang bertugas bertindak pantas mengawal situasi tegang itu.

Selepas tamat perlawanan, beberapa individu dipercayai penyokong Gergasi Merah pula memasuki padang kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 pasukan Selangor dalam perlawanan itu.

BEBERAPA Individu dipercayai penyokong Selangor FC masuk padang selepas perlawanan tamat.

Video insiden terbabit turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Pada perlawanan itu, kemenangan menjadi milik Persib Bandung yang dibimbing Bojan Hodak selepas bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan Selangor sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan G.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN