Kane selamatkan Bayern, rekod kemenangan tercalar

Kane selamatkan Bayern, rekod kemenangan tercalar

Penjaga gol Denmark Union Berlin, Frederik Ronnow (kiri) dan pemain tengah, Rani Khedira (tengah) menunjukkan reaksi ketika penyerang Bayern Munich, Harry Kane cuba menjaringkan gol yang dibatalkan dalam perlawanan Bundesliga menentang Union Berlin di Berlin hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Harry Kane memastikan Bayern Munich membawa pulang satu mata selepas menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan dalam keputusan seri 2-2 menentang Union Berlin di Bundesliga, sebentar tadi.

Pertahanan Union, Danilho Doekhi membuka jaringan diikuti gol solo menakjubkan Luis Diaz sebelum Doekhi kembali meletakkan tuan rumah di hadapan tujuh minit sebelum tamat.

Gol lewat Kane merupakan jaringan ke-13 beliau dalam 10 perlawanan liga musim ini, mengekalkan rekod tanpa kalah Bayern pada musim ini.

Bayern, yang memulakan musim dengan 16 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, dilihat kepenatan selepas beraksi 10 pemain hampir sepanjang kemenangan 2-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada Selasa lalu.

Juara bertahan itu tampak lesu dengan hanya satu pertukaran dalam kesebelasan utama, sukar mencipta peluang pada separuh pertama.

Union nyaris membuka jaringan awal tetapi dibatalkan kerana ofsaid, sebelum Doekhi menembusi pertahanan Bayern dan menewaskan Manuel Neuer pada minit ke-27.

Diaz kemudian membalas dengan gol luar biasa sebelum separuh masa, tetapi Doekhi menanduk gol kedua Union sebelum Kane menyelamatkan Bayern di minit ke-93.

Dalam aksi lain, Dortmund seri 1-1 di Hamburg, RB Leipzig tewas 3-1 di Hoffenheim manakala Bayer Leverkusen menang besar 6-0 ke atas Heidenheim untuk melonjak ke tangga keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN