ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, di sini, petang tadi. Dalam kejadian pukul 5.47 petang itu, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…










