KUALA LUMPUR: Guru masih tertaktuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan tidak boleh membina soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) secara sesuka hati walaupun diberi autonomi penuh sejak tahun lalu. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata, JSU digunakan sebagai panduan rasmi kepada semua guru bagi memastikan keseragaman dan ketelusan dalam pelaksanaan pentaksiran di seluruh negara. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) turut menyediakan latihan serta garis panduan terperinci untuk membantu…










