BANGI: Graduan universiti perlu menjaga adab dan memanfaatkan ilmu dengan penuh tanggungjawab selaras dengan kejayaan akademik yang dicapai. Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ijazah yang diterima bukan sekadar pengiktirafan akademik, sebaliknya amanah besar yang perlu dimanfaatkan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara. “Dalam dunia yang penuh cabaran, kekalkan adab, kejujuran dan integriti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Selangor (UIS) Kali ke-28 di Dewan Sultan Idris Shah…








