Futsal wanita sedia lakar kejutan

Futsal wanita sedia lakar kejutan

SKUAD Futsal wanita negara menjalani latihan di wisma FAM sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA yang bakal membuka tirai pada Disember ini-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh latihan yang singkat tidak mematahkan semangat skuad futsal wanita negara untuk melakar kejutan di Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember depan.

Pemain negara, Farahiyah Ridzuan berkata, pasukan kini berada dalam fasa akhir latihan dan rata-rata pemain bersemangat untuk memastikan skuad negara melakar kejayaan di Thailand.

“Persiapan masih belum cukup sebab masa terhad, kami hanya sempat berlatih sebulan. Harap kita bersedia untuk dapatkan apa yang kita mahukan,” katanya.

Berstatus sebagai bekas pemain bola sepak wanita negara, Farahiyah mengakui peralihan daripada padang ke gelanggang futsal memberi cabaran baharu untuknya.

Sementara itu, pemain berpengalaman, Asnidah Zamri, menjangkakan Thailand menjadi pencabar utama kepada skuad negara pada temasya dwitahunan itu.

“Untuk Sukan SEA tahun ini, Thailand (selain Filipina dalam Kumpulan A) adalah lawan paling kuat. Mereka sekarang pasukan nombor empat dunia,” ujarnya.

Tambahnya, semua pemain kini mengikuti sepenuhnya pelan jurulatih termasuk dalam aspek pemakanan dan juga bagi memastikan setiap pemain berada dalam kondisi terbaik.

“Kalau boleh, saya nak bawa balik pingat seperti Sukan SEA 2022 di Vietnam. Dengan sokongan peminat, mungkin ini jadi permulaan kebangkitan futsal wanita Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN