Kebangkitan lewat Malaysia gagal sekat kemenangan Iraq

Kebangkitan lewat Malaysia gagal sekat kemenangan Iraq

SKUAD futsal negara tewas 1-2 kepad Iraq dalam aksi pembukaan Kumlulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad futsal negara bermula langkah kiri dalam aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 apabila tewas 1-2 kepada Iraq dalam aksi pembukaan Kumpulan G, sebentar tadi.

Dalam aksi di Samo Sports Complex, Fergana, Uzbekistan itu, anak-anak buah Rakphol Sainetngam bermula dengan baik, namun mereka gagal menemui sentuhan jaringan.

Ketika skuad negara sibuk merangka gerakan, mereka dihukum menerusi jaringan Ghaith Arab pada minit ke-10 sebelum Salim Faisal menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada empat minit kemudian.

Kedudukan itu membolehkan Iraq membawa bekalan selesa memasuki bilik persalinan dan bersambung babak kedua, skuad negara memperkemaskan permainan namun, masih gagal memecah kebuntuan.

Malaysia mempamerkan kebangkitan pada lewat permainan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Awalluddin Nawi pada minit ke-39 namun, ia sudah terlambat.

Anak-anak buah Rakphol akan bertemu tuan rumah, Uzbekistan pada perlawanan kedua pada Isnin ini dan selepas itu akan menentang Kemboja pada Rabu bagi memburu tempat ke pusingan akhir.

Sebanyak 16 pasukan iaitu lapan pasukan juara kumpulan saingan kelayakan, tujuh pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah, Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya