KOTA KINABALU: DAP Sabah mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih yang dikutip di negeri ini. Calon Pakatan Harapan (PH)-DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong, Philip Yap menyifatkannya sebagai satu kemenangan besar buat rakyat Sabah serta penghormatan terhadap semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan. “Keputusan itu membuktikan keikhlasan serta komitmen…







