PETALING JAYA: Cubaan menyeludup 67.48 kilogram (kg) bunga ganja dianggarkan bernilai RM6.2 juta gagal selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah melakukan serbuan di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, pada 13 Oktober lalu. Serbuan kira-kira pukul 10 malam dijalankan hasil maklumat risikan Pasukan Risikan Ibu Pejabat JKDM dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi dan pasukan elit Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA). Pengarah Kastam Kedah, Wan Marini…







