PETALING JAYA: Insiden penahanan ahli perniagaan Albert Tei oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan tidak selari dengan tahap profesionalisme yang seharusnya dijunjung institusi penguatkuasaan negara. Ketua Armada Bersatu Selangor, Afiq Nordin berkata, berdasarkan maklumat, peguam beliau telah menunjukkan berlakunya pelanggaran prosedur termasuk ketiadaan pengenalan diri oleh pegawai bertugas, tindakan bergari yang dilihat keterlaluan serta kegagalan memaklumkan destinasi beliau dibawa untuk tujuan siasatan. Malah katanya, tindakan itu menimbulkan persoalan besar…










