Amorim akui lebih matang di EPL

Amorim akui lebih matang di EPL

RUBEN AMORIM - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Genap setahun mengendalikan Manchester United, Ruben Amorim mengakui musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) ibarat “universiti terbuka” yang menuntut penyesuaian pantas daripada beliau  baik di padang mahupun di luar gelanggang.

Amorim, 40, tiba di Old Trafford pada November 2024, dengan aksi menentang Everton awal pagi Selasa nanti menandakan ulang tahun pertamanya sejak debut 1-1 di Ipswich Town.

Sepanjang tempoh itu, beliau mengakui banyak perkara memaksa dirinya berubah sebagai jurulatih.

“Saya banyak berubah. Cara saya melihat bola sepak hari ini amat berbeza.Saya datang dengan idea tertentu, tetapi EPL memaksa saya menilai semula dan mengubah beberapa pendekatan,” katanya.

Antara perubahan ketara ialah peranan penjaga gol baharu, Senne Lammens yang dibenarkan menghantar bola jauh apabila situasi memerlukan  satu adaptasi taktikal penting dalam liga penuh fizikal dan berpaksikan data.

“Di EPL, semuanya bergerak berdasarkan data. Anda perlu sesuaikan cara kerja, faham bila perlu pegang bola, bila perlu tekan lawan melalui sepakan sudut dan semuanya ada sebab dan angka di belakangnya,” jelasnya.

Namun Amorim mengakui cabaran sebenar EPL bukan sekadar taktikal, tetapi tekanan dan intensiti mengurus kelab bertaraf global seperti United.

“Tahun lalu saya rasa terbeban dengan jumlah perlawanan. Saya tidak sempat bertenang. Saya terlalu emosi kerana terikat dengan keputusan.

“Saya sedar tugas saya bukan hanya di garisan padang, tetapi menggerakkan keseluruhan organisasi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN