Amaran ribut petir, angin kencang di tiga negeri

Amaran ribut petir, angin kencang di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri, yang dijangka melanda sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menerusi perkongsian dalam Facebook pada pukul 9.35 pagi tadi, MET Malaysia memaklumkan tiga negeri itu ialah Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Johor, melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru. Sarawak di Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat pula di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. Selain itu, turut terkesan di Tawau, Kunak dan Semporna dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN