Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

ALEX MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal selepas mengesahkan kedudukan naib juara MotoGP musim ini.

Pelumba Gresini berusia 29 tahun itu melengkapkan pencapaian bersejarah keluarga Marquez apabila menamatkan musim di tempat kedua keseluruhan di belakang abangnya, Marc Marquez, selepas kemenangan bergaya di Grand Prix (GP) Malaysia.

Kejayaan di Litar Sepang itu merupakan kemenangan ketiganya musim ini, sekali gus mengesahkan dominasi dua beradik dari Sepanyol dalam saingan kejuaraan dunia.

“Kurang tekanan sekarang sebab tiada siapa anggap saya sebagai pilihan utama, tapi saya memang tak sabar nak mulakan hujung minggu ini.

“Semua pelumba mahu akhiri musim dengan perasaan baik dan keputusan positif, jadi saya akan beri segalanya. Lepas jadi naib juara musim ini, saya boleh tunggang dengan lebih bebas dan nikmati perlumbaan.

“Litar Portimao agak mencabar, banyak perubahan ketinggian dan selekoh laju, jadi anda perlu rasa yakin dengan motosikal untuk menyerang setiap bahagian,” kata Alex.

Ditanya mengenai sasaran lain bagi baki dua pusingan, beliau mahu memenangi memenangi kesemuanya sekali gus menjadi motivasi untuk memulakan persiapan untuk 2026.

“Kami boleh ambil sedikit risiko kerana tiada apa lagi dipertaruhkan dalam kejuaraan, jadi tumpuan utama sekarang ialah menikmati hujung minggu dan berikan yang terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN