Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

ALEX MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Alex Marquez akhirnya keluar daripada bayang-bayang abangnya, Marc Marquez selepas mempamerkan aksi cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang, minggu lalu.

Pelumba Gresini Ducati itu membuktikan dirinya kini berdiri atas nama sendiri apabila menamatkan musim ini di tangga kedua keseluruhan dunia.

Kejayaan itu hadir selepas Marc muncul juara dunia di Jepun, menjadikan adik-beradik Marquez sebagai pasangan pertama dalam sejarah MotoGP menamatkan musim 1-2 dalam kedudukan keseluruhan.

Alex mengakui tekanan untuk mengekalkan rentak di belakang abangnya bukan mudah, namun dia memilih untuk menikmati setiap perlumbaan tanpa dibebani perbandingan.

“Marc beritahu saya di Jepun, jangan terlalu fikirkan apa orang kata, sebab saya sudah capai lebih daripada jangkaan.

“Dia suruh saya nikmati perlumbaan, bukan kejar bayangan sesiapa, dan dari situ saya mula berlumba dengan lebih tenang,” kata Alex

Marc yang terpaksa menamatkan musim lebih awal akibat kecederaan bahu tetap memberi penghargaan kepada adiknya menerusi hantaran di Instagram yang menyentuh hati peminat.

“Kita membesar, bekerja dan berjuang bersama dan tahun ini, kita menang bersama,” tulis juara dunia itu yang menandakan detik paling manis dalam sejarah keluarga Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN