2,000 keluarga terjejas banjir di lima negeri  

2,000 keluarga terjejas banjir di lima negeri  

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 5,573 orang daripada 2,000 keluarga kini ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 2.00 petang, hari ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 4,871 orang daripada 1,827 keluarga yang telah dipindahkan ke 25 buah PPS. 

Empat buah daerah yang terjejas iaitu Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh. 

Daerah Tumpat mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,552 mangsa daripada 1,070 keluarga yang kini berlindung sembilan PPS. 

Sementara itu, dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Besut, Terengganu mencatatkan 652 mangsa daripada 163 keluarga yang telah dipindahkan ke tiga PPS. 

Kuala Nerus mencatatkan jumlah tertinggi dengan jumlah mangsa seramai 425 mangsa daripada 104 keluarga di satu PPS. 

Selain itu, Daerah Kulim di Kedah mencatatkan jumlah mangsa seramai 78 daripada 25 keluarga yang dipindahkan ke tiga buah PPS. 

Bagi Sarawak pula, seramai 44 mangsa di Miri telah ditempatkan di satu PPS melibatkan enam keluarga.

Dalam pada itu, sebanyak tiga PPS telah dibuka Perlis dan Pulau Pinang namun belum ada sebarang mangsa dicatatkan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×