PETALING JAYA: Konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu dilihat gagal mengekalkan prinsip asalnya, iaitu menjadikan Asia Tenggara kawasan bebas daripada pengaruh kuasa besar dunia. Pakar hubungan antarabangsa, Azmi Hassan berkata, kegagalan itu berpunca daripada perubahan dinamik geopolitik serantau serta peningkatan persaingan antara Amerika Syarikat dan China, sekali gus menekan negara anggota ASEAN untuk memilih pihak. “ZOPFAN pada asalnya berfungsi dengan baik dalam…