KOTA BHARU: Wanita tertua di Kelantan, Siti Liah Mamat meninggal dunia pada usia 124 tahun di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Panji, di sini semalam. Siti Liah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11 malam tadi akibat sakit tua. Cucu Siti Liah, Azhar Mustapha, 50, berkata, arwah neneknya menghembus nafas terakhir di sisi keluarga yang hadir iaitu anak-anak dan cucu. “Arwah nenak tiada selera makan sejak tiga hari sebelum dia meninggal…