PETALING JAYA: Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan mengapa tiada sebarang pengumuman berkaitan cukai rokok elektronik atau vape dibuat dalam pembentangan Belanjawan 2026 semalam. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, perkara tersebut amat mengejutkan kerana Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini telah mencadangkan kadar cukai vape dinaikkan daripada RM0.40 kepada RM4 setiap mililiter, namun cadangan tersebut langsung tidak disentuh dalam belanjawan semalam. “Saya amat…