BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mematuhi sebarang arahan atau pedoman daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung langkah pemakaian pelitup muka di sekolah susulan kebimbangan berlakunya peningkatan jangkitan influenza. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini, pihaknya belum mengeluarkan sebarang arahan terbaharu berhubung perkara itu selagi tidak menerima saranan daripada KKM. “Kalau ada pedoman dan arahan daripada KKM, kita akan ikut dan tak ada masalah setakat ini di peringkat kami (KPM) untuk…