Tottenham bawa pulang tiga mata penuh

Tottenham bawa pulang tiga mata penuh

PEMAIN Tottenham Mohammed Kudus (dua dari kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Leeds United 2-1 dalam aksi liga di Ellan Road, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS: Gol pertama Mohammed Kudus untuk Tottenham membawa Spurs ke tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menamatkan rekod tanpa kalah Leeds United di Elland Road menerusi kemenangan 2-1, hari ini.

Noah Okafor menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan Mathys Tel untuk pasukan pelawat dalam separuh masa pertama yang berlangsung dengan rancak apabila kedua-dua pasukan saling membalas serangan.

Kudus menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-57 dan Tottenham sekali gus memberi kekalahan liga pertama kepada Leeds di laman sendiri selepas 24 perlawanan.

Spurs kini hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, tetapi Arsenal berpeluang naik ke tangga teratas apabila mereka menentang West Ham dalam satu lagi aksi EPL hari ini.

Frank membuat enam pertukaran dalam kesebelasan utama pada aksi tersebut.

Leeds bagaimanapun gagal menyempurnakan deretan peluang untuk mengelak daripada kekalahan liga pertama di Elland Road sejak tewas kepada Burnley pada September 2024.

Kekalahan itu menyebabkan Leeds kini berada di tangga ke-12 dengan lapan mata daripada tujuh perlawanan pertama mereka. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN