Timor-Leste sedia perkukuh, bina kekuatan ASEAN

Timor-Leste sedia perkukuh, bina kekuatan ASEAN

XANANA Gusmão (lima kiri) bergambar sempena Majlis Menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste Ke Dalam ASEAN - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timor Leste yang sah menjadi anggota ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, menyifatkan ia sebagai peluang besar dalam bidang pelaburan, perindustrian, pendidikan dan ekonomi digital di negara itu.

Perdana Menteri Timor, Leste Kay Rala Xanana Gusmao berkata, negara itu bersedia untuk memperkukuh blok ASEAN dengan memberi sumbangan sebaik mungkin dengan tidak hanya mengharapkan bantuan semata-mata.

“Timor Leste menjadi negara anggota ASEAN dengan komitmen penuh kepada setiap negara anggota dan bersedia untuk berdikari serta bekerjasama menjaga rantau Asia Tenggara.

“Kami juga akan berusaha untuk bersama-sama membina kekuatan serantau dan memperkukuh blok dalam memastikan tiada negara anggota yang tertinggal,” katanya berucap di Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Tambah Xanana Gusmao, keanggotaan Timor Leste dalam blok ASEAN merupakan kesinambungan hubungan semula jadi yang berpaksikan kedekatan geografi, kesamaan budaya, serta keperluan strategik untuk masa depan negara kami.

Beliau juga berkata, penyertaan tersebut menandakan kesinambungan visi sebuah keluarga serantau yang benar-benar bersatu dengan melibatkan nilai-nilai bersama, aspirasi yang sehaluan dan kejayaan kolektif.

“Sejak menjalani proses penilaian pada tahun 2011, kami telah memperkukuh institusi, menambah baik dasar-dasar negara, serta memperteguh semangat kami  digerakkan oleh sokongan dan harapan daripada ASEAN serta rakan-rakannya. 

“Kejayaan ini merupakan lambang kepada semangat juang rakyat kami dan kematangan demokrasi muda yang sedang berkembang pesat,” katanya.

Menurut Xanana Gusmao lagi, ASEAN hari ini menegaskan pentingnya semangat perpaduan dan kesatuan dalam kepelbagaian, serta komitmen untuk memperkukuh nilai-nilai terasnya  saling menghormati, bekerjasama, dan bersolidariti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN