‘Tidak selesai masalah kalau sorok kes bawah karpet’

‘Tidak selesai masalah kalau sorok kes bawah karpet’

MOHD. AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gejala negatif yang semakin membimbangkan di sekolah ketika ini perlu dilihat dalam konteks lebih menyeluruh dan bukan sekadar pelanggaran peraturan semata-mata.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd. Azam Ahmad berkata, beliau mengakui statistik menunjukkan setiap hari terdapat pelbagai kes salah laku termasuk amang seksual dan buli dilaporkan.

Katanya, perkara ini mesti diberi perhatian semua pihak dan perlu duduk bersama menyusun strategi, inisiatif dan bekerjasama untuk membetulkan keadaan. 

“Kalau semuanya disimpan di bawah karpet, ia takkan selesai. Gejala ini seperti duri dalam daging dan umpama bom atom yang tunggu masa untuk meletup. 

“Sebab itu apa yang berlaku ini perlu diselesaikan dengan segera,” katanya dalam ucapan pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, beliau bagaimanapun gembira apabila ada perkara yang disimpan di bawah karpet itu ditarik keluar dan menarik perhatian ramai.

“Dari perhatian, kita mula sedar, perlunya ada inisiatif baharu untuk kita bangunkan program bagi mendidik generasi muda hari ini,” katanya.

Mohd. Azam turut memberi peringatan kepada pentadbir sekolah serta pengarah pendidikan negeri dan daerah untuk memainkan peranan yang lebih mantap dalam mengatur strategi berkaitan sistem pendidikan dan sahsiah pelajar.

“Mereka perlu lebih energetik dan strategik dalam mengurus perkara ini kerana anak-anak hari ini bukan seperti dahulu, di mana kita ketandusan maklumat tetapi hari ini, adanya limpahan maklumat yang terlalu banyak, sehingga ia mengancam manusia pelajar,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×