Terbuka Perancis: Dua beregu campuran melangkah suku akhir

Terbuka Perancis: Dua beregu campuran melangkah suku akhir

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking ketiga dunia menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan 22-20, 17-21, 22-20 dalam pertarungan sengit di Arena Glaz, Cesson-Sevigne.

Kejayaan itu menjadi penebus kekalahan mereka kepada pasangan sama pada Terbuka Singapura Mei lalu, sekali gus memperbaiki rekod pertemuan kepada 3-1 memihak kepada juara dunia tersebut.

Beregu utama negara itu seterusnya bakal berdepan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Tsuet yang menghuni ranking kelapan dunia bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon yang kini di ranking kesembilan dunia turut tidak berdepan masalah menumpaskan gandingan Scotland, Alexander Dunn-Julie MacPherson 21-13, 21-10 dalam masa 27 minit.

Kemenangan itu mengesahkan penampilan keempat berturut-turut mereka di peringkat suku akhir Siri Jelajah Dunia BWF selepas aksi konsisten di Terbuka Denmark, Terbuka Arctic dan Terbuka Korea.

Pasangan suami isteri itu bagaimanapun bakal berdepan ujian getir apabila dijangka bertemu gandingan No.2 dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi seterusnya.

Kali terakhir mereka mara ke separuh akhir adalah pada Terbuka Malaysia dan India yang berlangsung pada Januari lalu.

Dengan kedudukan kelima dalam ranking Jelajah Dunia Akhir kejayaan di Perancis menjadi peluang terbaik buat Soon Huat-Shevon untuk mengukuhkan kedudukan ke Hangzhou Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN