Terbuka Denmark: Soon Huat-Shevon panas awal

Terbuka Denmark: Soon Huat-Shevon panas awal

Goh Soon Huat-Shevon Lai menewaskan wakil Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu 21-14, 21-17 pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Jyske Bank Arena, Odense hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam suhu sejuk mencecah 11 darjah Celsius, pasangan profesional campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai tampil ‘panas awal’ apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Jyske Bank Arena, Odense hari ini.

Pasangan ranking ke-9 dunia itu tidak mengambil masa lama untuk menewaskan wakil Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu 21-14, 21-17 hanya dalam tempoh 28 minit permainan.

Aksi mantap itu turut mengesahkan rentak konsisten mereka selepas mara ke suku akhir pada dua kejohanan terdahulu itu Terbuka Arctic dan Terbuka Korea Selatan baru-baru ini.

Soon Huat-Shevon yang juga pilihan kelapan kejohanan akan berdepan sama ada pasangan tuan rumah, Jesper Toft-Amalie Magelund atau gandingan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara pada aksi pusingan kedua, Rabu ini.

Rentak agresif dan kawalan gelanggang kemas menjadi kunci kejayaan mereka dalam menyesuaikan diri dengan cuaca dingin Odense yang mencabar.

Untuk rekod, pada edisi tahun lalu, pasangan negara itu tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 9-21, 24-22, 10-21 sekali gus kekalahan yang nyata sudah dibalas dengan penuh bergaya kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN