Tat Meng terharu terima kata-kata semangat Hannah

Tat Meng terharu terima kata-kata semangat Hannah

WONG Tat Meng memuat naik gambarnya selepas menerima jambangan bunga dan kad ucapan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Ihsan Facebook Wong Tat Meng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain badminton kebangsaan, Wong Tat Meng menzahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas menerima kiriman bunga dan kata-kata semangat daripada beliau.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, bekas jurulatih pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia itu memuatkan naik gambarnya yang sedang baring bersama jambangan bunga dan kad ucapan.

“Terima kasih yang tulus ikhlas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas kiriman bunga serta ucapan yang penuh perhatian.

“Saya amat terharu menerima sokongan ini walaupun sedang menjalani pemulihan di Australia. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya terus kuat dan pulih sepenuhnya,” tulis Tat Meng.

Bulan lalu, Tat Meng dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di jalan raya di Sydney, Australia.

Berdasarkan laporan media tempatan di Australia, kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal itu berlaku di Putty Road dekat kawasan Garland Valley.

Menurut laporan itu juga, salah seorang penunggang dikhabarkan telah terkorban di lokasi kejadian.

Tat Meng menerima rawatan kecemasan oleh anggota paramedik dari ambulans New South Wales di lokasi kejadian, sebelum dikejarkan ke hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN