Tiada Mbappe, tiada masalah

Tiada Mbappe, tiada masalah

KYLIAN Mbappe. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bos Real Madrid, Alvaro Arbeloa menegaskan pasukannya tidak perlu berasa rendah diri berdepan Manchester City meskipun tanpa kelibat bintang sensasi, Kylian Mbappe dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), pagi ini.

Mbappe terpaksa diketepikan daripada aksi pertama pusingan 16 terbaik UCL di Stadium Santiago Bernabeu selepas mengalami kecederaan terseliuh lutut.

Selain Mbappe, Madrid turut kehilangan beberapa tonggak penting termasuk Jude Bellingham, Rodrygo Goes dan Eder Militao yang masih dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun Arbeloa percaya status Madrid sebagai raja Eropah dengan 15 gelaran menjadikan mereka tetap mampu memberi tentangan sengit kepada juara England itu.

“Kami adalah Real Madrid dan saya rasa kami tidak pernah berasa lebih rendah daripada sesiapa.

“Tidak kira apa jua keadaan dan siapa pun lawan kami, Real Madrid tidak sepatutnya berasa inferior kepada mana-mana pasukan,” kata Arbeloa.

Mbappe sebelum ini menjalani pemeriksaan serta rawatan di Perancis dan dilaporkan menunjukkan perkembangan positif walaupun belum bersedia untuk diturunkan.

“Kecederaannya semakin baik dan kami menilai perkembangannya dari hari ke hari kerana minggu ini menunjukkan tanda yang sangat positif,” jelas Arbeloa.

Tanpa Mbappe, penyerang Brazil Vinicius Junior dijangka memikul tanggungjawab besar untuk mengetuai jentera serangan Madrid.

Arbeloa pada masa sama mengakui bos City, Pep Guardiola sering mempunyai kejutan taktikal dalam perlawanan besar sekali gus memaksa Madrid tampil pada tahap terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN