Skuad remaja negara tersingkir di suku akhir

Skuad remaja negara tersingkir di suku akhir

Malaysia tersingkir di tangan China 2-0 pada suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia Berpasukan Campuran 2025 di Guwahati Assam, India, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gagal menyesuaikan segera dengan rentak permainan menjadi punca skuad muda Malaysia tersingkir di tangan China 2-0 pada suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia Berpasukan Campuran 2025 di Guwahati Assam, India, hari ini.

Dalam relay pertama, perseorangan lelaki, Lim Boon Le yang turun sebagai wakil pertama negara tewas kepada Xiao Go Bo 4-9 dan kekalahan itu diteruskan beregu campuran, Loh Zi Heng-Noraqilah Maisarah Ramdan yang tunduk kepada Chen Jun Ting-Cao Zi Han 7-18.

Mengharapkan beregu lelaki, Damien Ling-Irfan Muhammad Shazmir dapat bangkit untuk merapatkan jurang mata turut menemui kehampaan apabila mereka tumpas di tangan Chen Jun Ting-Liu Jun Rong 17-27.

Oo Shan Zi yang menjadi pertaruhan Malaysia dalam perseorangan perempuan turut terkulai kepada Xu Wen Jing 22-36.

Dalam aksi beregu perempuan, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah yang berusaha keras merapatkan jurang mata tidak mampu untuk berbuat demikian apabila mereka terpaksa akur kepada Cao Zi Han- Chen Fan Shu Tian 36-45.

Skuad negara berusaha bangkit dalam relay kedua, apabila bermula dengan langkah kanan menerusi perseorangan lelaki, Ayu Fu Sheng yang berjaya menewasan Liu Yang Ming Yu 9-7.

Rentak kemenangan itu diteruskan beregu campuran, Tan Zhi Yang-Nicole Tan yang mengalahkan Jun Ting-Zi Han 18-15.

Namun begitu, Damien-Irfan yang sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas untuk beregu lelaki gagal meneruskan rentak kemenangan rakan sepasukan apabila mereka tunduk kepada Jun Ting-Jun Rong 22-27.

Ekoran kekalahan itu, meninggalkan tugas berat kepada perseorangan dan beregu perempuan untuk mengubah keputusan bagi mengheret China ke relay penentuan, tetapi, malangnya mereka tewas.

Shan Zi yang turun buat kali kedua bagi aksi perseorangan perempuan kalah di tangan Wen Jing 32-36, sementara, beregu perempuan, Zi Yu-Noraqilah tunduk menerusi kekalahan tipis kepada Zi Han-Shu Tian 43-45. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN