3,718 ATM Selangor diseru lunas zakat menerusi 'Anda Hero Asnaf'

3,718 anggota ATM Selangor diseru lunas zakat menerusi ‘Anda Hero Asnaf’

Mohd. Khaidzir Shaharani (dua dari kanan) menyerahkan simbolik replika cek wakalah majikan kepada Mohd. Rashidi Bujai dalam Taklimat Khas Zakat bersama ATM Negeri Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS)  melancarkan kempen berimpak tinggi ‘Anda Hero Asnaf’ bagi memperkasa kesedaran melaksana ibadah zakat dalam kalangan 3,718 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Khaidzir Shahari berkata,menerusi inisiatif sama pihaknya menyasarkan ATM menerima pulangan wakalah majikan berjumlah RM125,000 selepas data tahun 2024 mencatat kutipan yang memberangsangkan.

“Tahun lalu LZS berjaya mengutip zakat berjumlah RM425,000 dalam kalangan warga ATM melalui skim potongan gaji membabitkan 393 anggota dan pegawai dengan pulangan wakalah majikan berjumlah RM53,000. Wang berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan dan kesejahteraan ATM.

“Melangkah ke tahun 2026, LZS menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dengan jangkaan wakalah majikan mencecah RM125,000. Ini adalah bukti bahawa zakat bukan beban tetapi kekuatan untuk memberi serta melindungi mereka yang memerlukan,” katanya dalam Program Taklimat Khas Zakat Bersama ATM Selangor di sini hari ini.

Mohd. Khaidzir berkata inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara pihaknya dengan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) sebagai satu langkah proaktif ke arah menyuburkan keberkatan dalam institusi pertahanan negara.

Katanya, berkata,beberapa komponen utama akan ditekankan termasuk Kagat dan LZS masing-masing tampil sebagai rakan strategik menyampaikan kefahaman zakat serta sokongan menyeluruh bermula daripada peringkat platform kutipan, khidmat nasihat sehingga potongan gaji.

“Saya percaya sasaran RM1 juta itu bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya pencarum sedia ada meningkatkan lagi jumlah caruman termasuk warga ATM yang sebelum ini membayar zakat di negeri lain mula menyalurkan zakat di Selangor.

“Sebagaimana ATM menjadi benteng pertahanan negara, zakat pula adalah benteng kebajikan masyarakat. Gabungan dua kekuatan ini akan melahirkan satu pasukan yang bukan sahaja menjaga keselamatan tanah air, malah memastikan tiada yang terpinggir dalam komuniti kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kagat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Rashidi Bujai berkata pihaknya menyambut baik inisiatif LZS menyediakan ruang kepada warga ATM membina jati diri, menyuburkan kesedaran sosial dan menyemai keinsafan rohani menerusi bayaran zakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN